JAWATANKUASA ICT MAKTAB

Jawatankuasa kerja ICT merupakan satu daripada beberapa jawatankuasa kerja yang terdapat dalam struktur organisasi di MRSM Pendang. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran ICT kepada seluruh warga MRSM serta menyelaras dan memastikan segala urusan yang berkaitan dengan ICT maktab dapat berjalan dengan lancar.

 OBJEKTIF
  1.   Memantapkan pengurusan ICT ke arah pengurusan yang profesional, cekap dan mantap.
  2.  Membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada kakitangan dan pelajar untuk membina kemantapan ICT melalui program yang terancang dan sistematik.
  3.  Mengembeling tenaga dan kepakaran sumber dalaman secara koloboratif.
  4.  Mengemaskini pentadbiran dan pengurusan ICT dengan lebih berkesan dan sistematik.