PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jenis makanan dan minuman terutama air dalam bungkusan  plastic atau tin, gula-gula dan ‘tit-bits’
  2. Ditegah untuk menggunakan komputer bagi tujuan bermain permainan komputer (games) atau yang seumpamanya.
  3. Tidak dibenarkan menggunakan CD tanpa kebenaran guru.
  4. Tidak dibenarkan membawa masuk disket/ CD dari luar dan disket yang mengandungi virus , games dan bahan lucah untuk digunakan di makmal . Disket latihan /tugasan perlu disimpan di dalam makmal dan tidakk boleh dibawa keluar sama sekali.
  5. Dilarang menggunakan disket pelajar lain yang terdapat di dalam makmal komputer . Guna disket sendiri yang terdapat di dalam makmal mengikut kelas masing-masing.
  6. Ditegah memasukkan( install) mengubah(edit) memadam atau menghapuskan (delete) sebarang jua program yang terdapat di dalam komputer
  7. Ditegah menukarkan atau memasukkan wallpaper /gambar yang tidak bersesuaian atau yang direka sendiri pada skrin.
  8. Ditegah memasuki atau mengubah / membuang fail-fail orang lain yang ada di dalam komputer.
  9. Ditegah membuka fail orang lain walaupun fail tersebut boleh diakses
  10. Hanya dibenarkan menyimpan segala latihan /tugasan di folder dan disket sendiri sahaja.
  11. Tidak meninggikan suara atau membuka speaker dengan kuat agar tidak mengganggu pengguna lain.
  12. Perlu menamatkan tugasan pada waktu yang ditetapkan . Menggunakan arahan ‘SHUTDOWN’ untuk menamatkan penggunaan komputer.


SELEPAS PENGGUNAAN

1.      Pastikan semua peralatan dan perkakasan yang berasa di dalam makmal yang meliputi CPU , monitor , pencetak , kerusi dan sebagainya sentiasa dikekalkan sepertimana kedudukan asalnya.
2.      Pastikan tiada sebarang benda yang ditinggalkan.