Tidak dibenarkan mengadakan
halaman web persendirian. Kebenaran daripada maktab mesti diperolehi sekiranya
pelajar ingin membina halaman web . kandungan web ini mesti berkait dengan
MRSM/ maktab atau aktiviti-aktiviti pembelajaran , kokurikulum dan persediaan
kerjaya.
Mesti mendapatkan kebenaran
daripada maktab sekiranya ingin ‘download’ sesuatu dari internet.
Hanya dibenarkan menyertai
kelompok-kelompok perbincangan yang
relevan dengan perkembangan pembelajaran dan kerjaya sahaja. Chatting tidak
dibenarkan.
Tidak dibenarkan bermain games
atau meng’install’ apa-apa perisian ‘online’ mahupun menonton sebarang video.
Dikehendaki menyemak mel dan
memadamkan apa yang tidak diperlukan lagi. Pelajar mestilah sentiasa mengawasi
keadaan kuota melnya.Penghantaran mel-mel berangkai tidak dibenarkan.
F5 boleh mengakses semua mel
atau folder. Jika terdapat surat
atau bahan yang berkait dengan aktiviti yang menyalahi peraturan dan
undang-undang, bahan ini boleh diketengahkan dan tindaakn boleh diambil.
Dikehendaki mendapatkan
kebenaran penghantar mesej sekiranya ingin mengedarkan mesej berkenaan kepada
individu-individu lain.
Tidak dibenarkan membuka mel
daripada penghantar yang tidak dikenali atau mel-mel yang disyaki pembawa
virus.
Sekiranya halaman-halaman yang
ditemui mengandungi maklumat salah atau maklumat yang bercanggah dengan agama
Islam, pelajar mesti melaporkan kepada guru.